Sabtu, 20 Julai 2013

Hati ibu

Sayang...
Cepat sembuh ye..
Hati ibu mana tidak terguris bila melihat anaknya begini.
Hingga tak tenteram fikiran ummi..
Ummi bwk bersembang dgn makcik sebelah adik.jannah namanya..
Adik di letakkan di bawah lampu biru ini kerana adik ada sakit jaundis.
Adik dimasukkn ke wad semula pada 28 haribulan.
Genap 5 hari usia adik,dengan bacaan jaundis 13 = 280.
Bila adik di letak bawah lampu tu adik demam pulak.
Ummi takut sebenarnya..
Hati ummi berdebar debar..
Ummi tak mahu fikir yang bukan bukan..
Ummi sentiasa zikir untukmu jauh dlm benak hati ummi..
Kadang ummi pujuk hati dengan bersembang..
Tubuh adik panas..
Ummi letakkan kain lembab atas kepala adik.
Lap tubuh adik dengan kain basah lebih kerap.
Alhamdulillah adik sembuh demam tapi tidak jaundis..
Kerana panas di bwah lampu biru tu kulit adik menggelupas.
Pedih hati ummi..
Misi ambil darah adik hari hari tiap pagi di kaki..
Ummi tak tahan hati...
Tapi demi kebaikan...ummi redha..
Hari ini 21 hrbln 7 2013 adalah tarikh sebenar adik sepatutnya di lahir kan ke dunia fana ini..
Tapi adik kini genap sebulan 24 hrbln 7 ni nanti..
Ummi gembira sangat..
Kerana anakanda ummi yang gagah perkasa sekarang selamat dan ada dalam dakapan ummi..
Adik dah pandai main tenung tenung..
Nanti bulan depan raya,adik mesti dah pandai senyum..
Alahai.....gembira nya rasa di hati ummi..
Alhamdulillah kepada Allah swt atas anugerah Mu ini terhadap hambaMu yang dhaif ini Ya Allah..
Daku akan cuba sedaya mungkin mendidik nya ke arah jalan Mu Ya Allah..
Bantu lah daku Ya Allah..
Iringi lah anak anakku dengan Rahmat Mu Ya Allah Tuhan Yang Maha Esa..
Dakap lah mereka dengan pelukan kasih Mu..
Semoga mereka menjadi anak anak yang bertaqwa..
Amiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan