Rabu, 30 Januari 2013

mimpi papa...arwah dah.


Bismillahirahmanirahim....
assalamualaikum.wkth.
Dia atas kebesaran kuasa Allah dan ke agungan Nya,xdafuan di mejapat nak di sangkal lagi apatah lagi nak di capai dengan akal. sebenarnya dah bnyk kali mimpi,tpi mlm tu mimpi ni betul2 menyentap hati..ter esak esak smpai bengkak mata aku menangis dlm tidur.

al kisah :
kak ngah baru je blk kmpg 2 bulan lps,mlm tu aku dapat pnggilan dari mama mngatakan papa dah xada,hancur hati mndengar.kaki jadi lemah xmampu nak berdiri,air mata mencurah curah,dlm hati penuh penyesalan,mana xnye..dah lah jarang2 balik,xsempat pulak nak bersalam mintak maaf ampun.perkara yang amat di takuti akhirnya terjadi jugak.

jasad papa di simpan satu hari dah sbb nak tunggu adik bradik dn anak anak yang jauh pulang nak jumpa.setibanya kat kmpg,org dah ramai..kak ngah pun dah sampai.safuan adik lelaki ku pun dah sampai.aku dengar safuan menangis dekat mama..."wan nak salam papa...wan xsempat lg..(sambil mngis)" aku terkesima sekejap.hilang arah..

aku pun menangis semahu mahunya,tpi aku masih belum ada cukup kekuatan untuk melihat jasad arwah,aku xsanggup dan xmahu percaya langsung ditambah lagi dengan satu penyesalan terbesar bertandang dihati..aku xpandai dan xtahu macam mana nak urus kan jenazah,nak mandi kan jenazah,aku xtahu!!!!!!!!!!!! terasa betapa bodoh nya diri ni,tanpa ilmu,betapa xberharga nya diri ni..aku menyesal sangat kerana xambil peduli langsung tentang ilmu bahagian pengurusan jenazah.aku hajat nak mandikan arwah papa bersama mama dan adik beradik yang lain,tapi....ilmu nya kosong terus..tiba tiba...............................
papa keluar dari belakang van jenazah masuk ke rumah dan duduk berdekatan antara aku dan safuan di meja makan yang sama,dia mengeluh keletihan,tapi masih sempat bergurau dan bersembang macam biasa.aku dan safuan jadi gembira dalam hati berbunga bunga,...oh.....org lain rupanya yang arwah.ingat kan papa,kata aku dan safuan bersetuju.kami berbual rancak dan bergurau dengan macam macam kisah lucu.tanpa hirau kan suasana dan orang sekeliling..

tiba tiba mama datang dekat dgn safuan,dan kak ngah datang dekat aku sambil erat peluk aku..kak ngah cakap"na.......sudah lah tu,papa dah xde"aku pandang tepat wajah adikku kak ngah."apa yang kau cakap ni..tu papa"mama geleng kepala....sekali lagi aku dan safuan terkesima,terkedu,terkejut....
tapi kami masih nampak kelibat papa,cepat cepat kami tuju ke arah papa lantas peluk kaki dia erat sambil mintak ampun dan maaf..papa diam je....jelas di raut wajah tua nya nampak sedih letih dan agak pucat..aku hulur tangan,dan papa sambut,aku dapat rasakan tangan nya yang sejuk.."papa....akak mintak maaf,mintak ampuuuun...akak sayang papa"aku sembam muka ku di atas paha papa,tapi aku mengangkat wajah ku,aku pun tersedar dari mimpi..

lap lap air mata.tidur sekali lagi,tp mimpi bersalam dengan papa berulang lagi,begitu lah ulangan episod mimpi hingga 3 kali.akhirnya aku bangun dari tidur.lemah xberdaya,perlahan lahan aku ke bilik air ambil wudhuk...masih lagi menangis,jam waktu tu pukul 5.30pagi.aku pun pakai telekung sembahyang ku,duduk atas sofa mngadap kiblat..lantas aku mengaji,surah yasiin.biasa nye aku baca dengan samsung galaxy note tu je,tapi tidak pagi ni.

perlahan aku selawat ke atas nabi dan mulakan tertib membaca surah yasiin yang aku hadiah kan khas istimewa buat papa dan mama.air mata aku mencurah curah,semua kenangan dengan papa bermain di minda..banyak sangat dah aku menyusahkan dia.tpi kasih papa pada anak anak nya xpernah pudar walau dia tak tunjuk.aku sentuh musyaf al quran yang suci tu,aku baca dengan perlahan dan jelas..menakjubkan..tapi bila aku mula hampir di tengah tengah surah,hati aku jadi sejuk dan tenang setenang tenang nya,xd lagi rasa sedih atau air mata.Allahu Akhbar!besar nya kuasa Mu Ya Allah,dengan hanya membaca ayat ayat al quran dan dengan hanya menyentuh serta memandang musyaf Quran itu sendiri,hati jadi waras.Allahu Akhbar..

lega selps mengaji,aku whatsapp kak ngah melepaskan perasaan,aku nak belajar pengurusan jenazah lepas ni,mesti belajar,mesti,mesti.....aku kol papa pagi pagi buta lagi.Alhamdulillah,dia sihat walafiat..

nota //:
  • baca lah dan ajar lah anak anak kita supaya cintakan dan jadikan Al Quran sebagai amalan.
  • ajar diri supaya sentiasa berada dalam wudhuk,bnyak kelebihan nya
  • sentiasalah bertanya khabar org tua,sms pun xapa,krn mereka xpnh jemu menunggu
  • sayangi lah ibu bapa dan jadi lah seorang anak yang mendoa kan ibu bapa  

tanam kangkung dalam pasu

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..salam sejahtera,salam satu malaysia.hari ni pagi ni ceria sungguh anak gadis pergi ke sekolah,walaupun hujan.che na pun naik syok tengok dia.tambah tambah syok lagi bila bukak je pintu mata terus jadi segar melihat tanah yang lembap di basahi hujan rahmat,melihat pokok pokok bunga warna warni dan segar bugar.hehe.

pic kat atas ni pic benih kangkung yang baru berusia 4 hari.punya lah best bila che na tengok hasil semaian menjadi,cam nak nangis lah plak.

yang ni plak berusia lbh kurang sminggu lbh sikit lah.xsabar nak tunggu dia besar.nak rasa kangkung hasil tanam tangan sendiri,org kata best.che na ni sebenarnya pertama kali sentuh tanam tanaman ni,dulu cucuk serai atas tanah pun payah nak hdup,ini kan pula pokok cili api tu,owg kata "tangan panas"..

tapi che na nak cuba jugak,tadaaaaaa......ini lah dia hasil yang xseberapa utk pertama tama kalinya,nnt pokok kangkung dah besar che na hajat nak tukar pasu yang besar skit.

masa che na buh biji benih  tu dlm pasu,en abg ada dop sebelah memerhati nak bgi markah kot.pastu che na dengan eksyen nye g amik baja nok buh kat biji benih,punya lah en abg marah."heh..!!owg xbuh baja kat biji benih baru baru ni,kan tanah tu tanah baru,cukup daaaaa......"

hushhh....cam dia lak yg tanam.hehe..maka mlm tu che na pun google lah,mmg betul xyh buh baja lgi,sebb tanah baru ni dah ada ckup utk dia..hehehe,tenkiu cayang.

kita tunggu hasil nya nnt pada entri 
kangkung goreeeeng!!!

 

Isnin, 28 Januari 2013

mawar baldu


 Assalamualaikum.wkth

Alhamdulillah.dapat share lagi bunga che na kali ni,walau internet slow sangat sangat.
 
merah lagi tu.tgk je gambar ni,sume org tahu bunga apa kan,ini bunga mawar baldu.mawar ni warna merah tapi lama lama dia jadik pink lah plak,mngkin ph tanah atau baja yg che na guna tu kot.mawar ni xd bau.tp kelopak nya bila tgk dekat2 mcm baldu.cantik sangat


OOOOK, yang ni peach kaler..mawar baldu jugak.mula mula beli hari tu,che na ni dek krna teruja sangat kan,che na siram 2 kali shari pagi dn ptg.

ingat kan ok,rupanya tidak.mawar jadik stress,daun dia mula menguning dekat perdu dahan bawah tu taw.

cemas!..che na pun g lah dekat hjh ani yg baik hati tokey bunga,che na pun terjah(terjah gitu) lah hjh ani dkn pelbgai soklan,rupanya sekali jew shari siram mawar ni..cian dia. 




AAhaaaaaa...ni yang kaler kuning...cantik jugak,tapi kecik lagi.cantik kan,che na nok tera jaga bunga mawar 3 beradik che na ni molep molep.nnt kita tunggu hasil nya pada entri yg akan dtg ye .....NANTIKAN




siti zubaidah ku melecur..siti ohh siti !!

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah,dengan izin Nya hari ni dapat lah che na mngup date kn blog ni yg tlh skian lama tergendala.al maklumlah...busy katakan..hari ni kan,che na terasa cm nok share satu entri baru lah,pasal pokok pokok bunga plak.senanye ni hobi baru che na taw selain mnjahit.hahaaa.pendekkn cete.

dek kerana musim yang tgh xnentu ni,dlm smnggu tu nth brpa kali xtahu lah.. che na dop angkut pasu bunga cik siti zubaidah ni,kejap sana kejap sini,hnya kerana nok elak daripada pancaran sinar matahari yang terlalu sangat pada cik siti zubaidah ni.tp rezeki bkn bpihak cik siti kot hari tu,meleeeecuur habis dedaun cik siti zubaidah kesayangan che na ni.

kesian kannn..... daunye xberkilat lagi.nth lah knpa....sedih :(




ni pic siti zubaidah masa mekar berbunga hari tu,kaler putih nak kebiru biruan skit.mase ni daun nye hijau berkilat.hari hari che na belek
chantek kan.ciptaan Ilahi tiada tandingan.ni amek kat pakcik google,kata owg klu di tanam atas tanah dn kene plk dgn ph nye,iklim nya,hasil nya mmg mnakjubkn.


comey kan.cik siti kita ni manjo..xley panas sgt,xley teduh sgt jugok,xbbunga nnt.al kisahnya,che na masih lagi mncari cari cara rawatan dan ubat utk sakit cik siti che na ni