Kita share yang best best jer taw.
Sabtu, 27 Julai 2013
Ruam susu
Kita share yang best best jer taw.
Vapor balm untuk anak
Rumusannya mengandungi Menthol dan Eucalyptus untuk menghasilkan kesan penyejukan kepada kanak-kanak. 21st Century Vapor Balm adalah bebas camphor, iaitu sejenis bahan kimia yang toksik yang terdapat dalam kebanyakan balm di pasaran.
Jumaat, 26 Julai 2013
Aidiladha 2013
Isnin, 22 Julai 2013
Ayah
1. Ayah/suami memerah keringat.memaksa kudrat berkerja hari hari tanpa jemu tanpa kenal erti lelah demi mencari rezeki untuk insan tersayang
2. Ayah peluk,cium,dukung,belai,sanggup bersusah payah demi anak.berjaga malam kalau anak sakit,cari ubat,cari duit,nyamuk nak gigit anak pun xsempat,kasih nya ayah.
3. Ayah/suami mengalir air mata nya di belakang mu,dihadapan ibu/isteri dengan penuh rasa sesal bila tangan nya mengasari si anak.walau niat ayah utk mengajar.
4. Ayah/suami tak berganti baju demi anak dan isteri.
5. Ayah/suami bangga dapat menjadi imam pada keluarga nya
...........................................................................................................
*ini cuma sedikit coretan tentang ayah.ada banyak lagi tentang ayah yang tak tertulis di sini.
*****************************************************
AKAN TETAPI !!......
1. Pernah kah anda mencium,memeluk,ayah tua anda dengn penuh rasa kasih dan rasa tak mahu menyakiti nya.
2. Pernah kah anda membayang kan sebenar benar perasaan ayah/suami anda yang penat,pahit jerih demi anda
3. Pernah kah anda memberi wang gaji anda 40% anda 60% ayah dengan penuh rasa bangga nya
4. Pernah kah anda menangis sesal sesesal sesal nya bila hati dia anda gurisi.lantas menadah tangan kepada Nya mohon keampunan dan kemudian menyusun 10 jari pohon maaf dengan dia
5. seberapa kerap baju ayah tua berganti baru........
Jawapan nya :
----------------------------------------------
**untuk diriku yang masih tidak sempurna**
Sabtu, 20 Julai 2013
Hati ibu
Cepat sembuh ye..
Hati ibu mana tidak terguris bila melihat anaknya begini.
Hingga tak tenteram fikiran ummi..
Ummi bwk bersembang dgn makcik sebelah adik.jannah namanya..
Adik dimasukkn ke wad semula pada 28 haribulan.
Genap 5 hari usia adik,dengan bacaan jaundis 13 = 280.
Ummi takut sebenarnya..
Hati ummi berdebar debar..
Ummi tak mahu fikir yang bukan bukan..
Ummi sentiasa zikir untukmu jauh dlm benak hati ummi..
Kadang ummi pujuk hati dengan bersembang..
Ummi letakkan kain lembab atas kepala adik.
Lap tubuh adik dengan kain basah lebih kerap.
Alhamdulillah adik sembuh demam tapi tidak jaundis..
Pedih hati ummi..
Misi ambil darah adik hari hari tiap pagi di kaki..
Ummi tak tahan hati...
Tapi demi kebaikan...ummi redha..
Tapi adik kini genap sebulan 24 hrbln 7 ni nanti..
Ummi gembira sangat..
Kerana anakanda ummi yang gagah perkasa sekarang selamat dan ada dalam dakapan ummi..
Adik dah pandai main tenung tenung..
Nanti bulan depan raya,adik mesti dah pandai senyum..
Alahai.....gembira nya rasa di hati ummi..
Daku akan cuba sedaya mungkin mendidik nya ke arah jalan Mu Ya Allah..
Bantu lah daku Ya Allah..
Iringi lah anak anakku dengan Rahmat Mu Ya Allah Tuhan Yang Maha Esa..
Dakap lah mereka dengan pelukan kasih Mu..
Semoga mereka menjadi anak anak yang bertaqwa..
Sabtu, 13 Julai 2013
Jannah
Memang ummi ni pemarah kan...
Kadang ummi geram sangat...bila kamu nakal.
Tapi....anak anak ummi mesti kena tahu...
Satu perkara....
Satu sahaja....
Ummi marah..ummi geram..bukan kerana tak suka..
Tapi kerana sayang...kerana Jannah Allah...
Tiba tiba anak ummi jatuh..
Luka..berdarah di lutut..
Ummi cepat cepat angkat sayang..cuci luka dan sapu ubat..
Tapi ummi selalu mudah menitik air mata..
Sambil sapu ubat..ummi marah kan batu penyebab anak ummi luka..
Sayang nya ummi padamu.
Kita bertemu disana sekali lagi sebagai keluarga bahagia..di Jannah Allah.
Tapi ummi menangis selepas tu..senyap senyap.
Ummi mintak maaf sayang..
Jangan simpan dalam hati ye..
Ummi marah marah sayang..
Bila kakak atau adik sakit..
Dunia ummi bagai nak runtuh..
Hati ummi lebur..
Ummi tak boleh tidur..
Tak lalu makan..
Tak senang hati..
Ummi nangiiiis aje....
Supaya nanti anak anak ummi jadi tetamu unggul Allah..
Ummi mahu anak anak ummi mengerti..
Akan erti sebuah lumrah kehidupan..
Sanggup ummi pandu kereta malam2 buta berkejar ke klinik kecemasan walau ummi tak boleh memandu malam..
Sanggup ummi pinjam duit kalau ummi tak ada duit untuk ubat anak ummi..
Sanggup ummi tahan malu demi mencari jalan untuk anak ummi..
Kerana satu alasan...
Satu aje...
Kerana kamu adalah anak ummi....
Anak ummi,sayang....
Semua nya tidak mudah..
Sakit dan derita ummi tanggung bukan kepalang..
Tapi ini semua berbaloi..sayang.
Hilang duka...
Hilang sakit...
Bila melihat wajah mu..
Bila kamu peluk ummi..
Bila kamu panggil ummi....
Bila kamu senyum girang...
Jangan lah kamu sia sia kan perasaan ummi ye..
Mari lah kita sama sama bina keluarga kita jadi sebuah keluarga yang bertaqwa..
Sebuah keluarga yang di Redhai Allah..
Mari lah kita masing masing jadi anak yang baik..
Anak yang taat...
Mari lah kita sama sama selalu panjat kan doa untuk ibu bapa kita ye sayang..
Supaya nanti Jannah Allah menanti kita dengan seluas luasnya terbuka pintu untuk kita...
Supaya nanti Jannah Allah menyambut kita dengan segirang girang bahagia..
Ummi bukan bidadari...
Yang cantik yang rupawan lagi jelita untuk kau puja...
Tapi ummi ada sekeping hati yang cukup rapuh...
Ummi bukan adiwira yang super menyelamat kan dikau..
Tapi ummi ada satu semangat yang selalu ada untuk mu..
Ummi juga bukan jutawan hartawan..
Yang boleh menjamin keduniaan mu..
Yang ummi ada cuma rasa kasih..sayang dan cinta pada mu...
Ummi akan beri padamu..
Jika keperluan mementing diri mu..
Akan ummi dahulu kan dikau..
Jangan lupa doa untuk ummi dan abah selalu ye..
Kasih dan sayangi lah ummi dan abah seperti mana kami menyayangi mu..
Jangan simpan dalam hati ye..sayang..
Sebab ummi abah marah..cuma marah marah sayang..
Selasa, 9 Julai 2013
Pilihan ummi
Bila ummi boleh memilih...
Berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandung kan mu..
Maka..ummi memilih mengandung kn mu..
Kerana saat mengandung kn mu nanti,ummi akan merasakan keajaiban dan kebesaran Allah utk selama Sembilan bulan kita bersama...
Membesar dengan sempurna..
Adik ikut kemana pun ummi pergi..
Ummi makan adik makan..
Ummi tidur adik pun tidur kan..
Bila ummi bergurau dengan abang dan kakak adik..adik tendang adik bergerak gerak dalam perut rahim ummi ni..
Mesti adik pun tengah main jugak kan..
Adik ikut merasakan ketika jantung ummi berdegup kerana kebahagiaan..
Adik menendang rahim ummi bila adik rasa tak selesa..
Ummi akan berpusing bergerak beralih kesana ke sini hingga adik selesa..
Ummi mesti berjuang berhabisan untuk kita bertemu sayang...
Abah setia menemani ummi disisi...
Abah tak putus berzikir.abah nak lihat adik dengan mata sendiri..
Abah nak pegang adik..abah nak azan kan adik sendiri..
Betapa letih nya abah...
Lebam mata abah tak cukup tidur..
Mengantuk..letih..tapi abah tak tunjuk depan kita sebab nak beri semangat pada ummi..
Saat kepada saat..dari minit kepada minit..
Ummi menahan kesakitan yang teramat sangat..
Saat itu yang ada dalam fikiran ummi hanya satu...
Adik mesti selamat lahir ke dunia biar nyawa ummi jadi galang ganti...sekali pun..
Ibarat terbang di awan gemawan nan tinggi...
Putih salju...suci dan bening...
Ummi rasakan bila adik selamat lahir ke dunia fana ini..
Maka...lahir lah seorang lagi umat nabi Muhammad Saw di dunia ini...
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua..
Di antara sakit dan gembira..
Ummi tersenyum bahagia bila mendengar tangisan adik..itu lah saat paling bahagia bagi ummi..
Hilang segala sakit dan derita bila melihat dirimu yang merah,
Mendengar abah mengumandangkan azan,Kalimah syahadah kebesaran Allah di telinga mungilmu..ummi rasa bangga...
Maka ummi memilih menyusui adik...
Kerana dengan menyusui mu itu lah nanti yang akan mengerat kan kita lagi..
Terasa hangat tubuh adik bila adik menyusu..
Adik pandang ummi..
Immi pandang adik..
Mata kita saling bertemu dan turun ke hati...
Saaayaaangg.....adik.
Ummi dakap adik..
ummi belai rambut adik..
Ummi urut tangan adik..
Ummi urut kaki kecil adik..
Ini lah anak ummi sayang...
Yang ummi nanti nanti kan..
Yang nanti bila besar akan jadi ulamak serta para cendiakawan yang cerdik lagi pandai...
Indah sungguh kenangan kenangan menyusu anak..kan para ummi...
Dengar lah...
Luahan hati ummi ini...
Jangan lah engkau nanti....sia sia kan segala perasaan ummi ini...
Jadi lah engkau anak yang soleh dan umat yang baik..
Jangan lah engkau alah pada dunia yang sementara ini..
Pimpin lah ummi bersama abahmu serta adik beradik mu..juga sanak saudara sesama kita..
Ke arah jalan nan satu....hanya Dia..hanya lah pada Dia...
Ikut sunnah nya dan patuh perintah Allah..ye sayang..
Ummi akan sentiasa iringi mu dengan doa dan kasih sayang yang tak akan berbelah bagi..
Isnin, 8 Julai 2013
KELUH HATI ANAK YANG DI BUANG
Di mana aku berada?
Mengapa tempat ini terlalu gelap?
Ibu,di mana dirimu?
Aku takut,ibu.
Ibu,aku lapar.
Ibu,aku haus.
Ibu,aku sejuk.
Ibu,aku di gigit semut,ibu.
ibu kau di mana?
Mengapa aku di sini?
Mengapa
Ibu tiada di sisiku?
Adakah aku masih belum dilahirkan.
Tidak mungkin aku belum dilahirkan.
Aku dengar bunyi derapan kaki.Aku menangis.Aku merengek.
Tetapi di mana ibu?
Menagapa aku tidak melihatnya sedari tadi?
Yang aku lihat tatkala aku membuka mata hanyalah sebuah lorong yang gelap.
Yang ada hanyalah secebis cahaya dari satu arah.
Di situ terlalu ramai orang berjalan namun tiada siapa yang mempedulikan aku.
Atau mereka tidak mendengar suara tangisanku kerana terlalu sibuk?
Seperti ibuku......
Ibu,mengapa aku di sini?
Ibu inikah tempatku setelah aku dilahirkan?
Ibu,apa salahku?
Apa dosaku?
Mengapa mesti aku dilahirkan jika ini nasib ku..
Ibu,aku hanya seorang insan yang ingin melihat dunia.Tetapi kini,semua itu tidak mungkin terjadi jika tempatku hanya di lorong gelap ini.
Ibu,tahukah engkau betapa menderitanya aku sejak ditinggalkan di sini..
Aku terpaksa berlapar...
Aku terpaksa menahan dahaga...
aku terpaksa menahan panas dan sejuk.
Betapa tersiksanya hidup ini apabila ditinggalkan oleh seorang ibu yang melahirkan aku.
Ibu itu hanya sebutan dan gelar bagimu.
Namun,tahukah engkau bahawa engkau tidak layak dipanggil ibu.
Perbuatanmu ini sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Mengapa engkau tega membuang bayi yang baru dilahirkan ini?
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa,wahai ibu?
Sungguh sedih hati ini apabila mengetahui aku dibuang bagai sampah.
Kecewa aku dengan sikap dan perbuatanmu.Ibu,aku akan mencarimu untuk membuat perhitungan denganmu di akhirat kelak…Ingatlah,wahai ibu..
Sabtu, 25 Mei 2013
Peplum..Antara fesyen dan syariah
Dalam hati berkata "pakai aje lah.bila lgi nak berfesyen.patuh syariah ke tidak tu soklan kedua..janji pakai tudung."
Fesyen ini bermula pada tahun 1940an.ia tdk terhad.jika tgk filem2 barat..ada peplum yg digayakn dlm sut..jaket dn sbgi nye.
SINGKAT hingga ke pinggul.
MESTI sendat.sengaja nak menyerlah kan aset.berlengan singkat dan sendat hingga siku pstu kembang payung di pertengahan tangan atau pergelangan tangan.
Jadi wahai kaum wanita..jaga lah aurat mu.batas kan ia.kerana ia amat berharga.berharga sehingga tidak boleh sebarang tayang sebarang tengok sebarang sentuh.istimewa nya kita kan..
Ahad, 24 Mac 2013
Menghitung Hari
Alhamdulillah..
kini sayang berada dalam rahim ummi
usia 6 bulan.
Allahu Akhbar Tuhan Maha Kaya Maha Pengasih Maha Pencipta..
hanya Dia sahaja yang tahu..
macam mana ummi mengharungi..
hari demi hari dan detik demi detik..
mengandung kan diri mu sayang..
Sejak dari awal usia lagi kesihatan ummi agak tidak memberangsangkan..
ummi hadapi beberapa komplikasi..
tapi tak mengapa sayang...
kerana kehadiran mu ummi nanti kan..
ummi dan abah bahagia menghitung hari menanti diri mu..
tak sabar rasanya nak bersua muka bertentang mata..
Abah tak lekang basah bibir nya berdoa pada Allah swt dlm sujud akhir setiap solat nya untuk kita,sayang...
bila ummi tanya abah..
abah jawab supaya semuanya mudah dan selamat..
abah sayaaaaaang pada kita..
begitu juga Allah..sayaaaang pada kita..
walaupun ummi berdepan dengan masalah kesihatan tetapi ummi masih gagah lagi merempuh hari..
hingga sampai masa nanti..
sayang ummi...
selalu ummi berdoa khusus untuk mu..
supaya nanti adik jadi anak yang soleh solehah..
anak yang bertaqwa.anak yang taat pada Tuhan rasul dan agama nya..
ummi doa supaya anak anak ummi semua nanti jadi anak anak yang sentiasa mendoa kan ibu bapa nya..
ummi bersyukur kehadrat Illahi kerana telah mengurniakan perasaan yang sangat senang dan baik ketika mengandungkan dirimu..
betapa besar nya kasih Dia terhadap kita,ummi di kelilingi dengan para sahabat soleh solihin..
ketenangan dan perasaan rendah diri selalu terbit dalam hati ummi bila ummi berhimpun dalam usrah hingga berhambur air mata..
terkenang...betapa untung nya kita kerana di pilih oleh Nya duduk dalam majlis Nya..
ummi dan adik....
mesti adik pun merasa gembira juga macam ummi kan.sebab adik bergerak aktif sampai ummi tak senang duduk..
ummi tahu..anak ummi ni nanti seorang ilmuwan agama yang baik..
seorang hamba Allah yang tawadu'..
seorang hamba Allah yang bakal jadi pemimpin..fisabilillah..
ummi akan sentiasa doa kan untuk adik dan anak anak ummi semua..
agar jalan sentiasa terang dan terbuka untuk kita...
sayang ummi...
setiap hari kita berkongsi hela nafas..
kita berkongsi rasa..
kita kongsi cerita..
kita kongsi suka duka dan saat saat lucu abang dan kakak membesar..
kita kongsi semua selagi ummi daya..
adik duduk baik baik ye...
ummi sayang adik....
sayang ummi...
ummi dan abah tak ada villa mewah..
bunglow besar..
untuk adik nanti..nak membesar..
cuma rumah...rumah sewa yang cukup untuk kita berteduh..
tapi ada makan ada pakai dan tempat untuk kita beribadat yang cukup..
2 bilik dan laman tanah yang cukup luas untuk adik abg dan kakak bermain..
tapi adik tak apa kan...
apa lah sangat yang ada pada rumah mewah besar kan..
Jannah Allah itu lebih baik..jauh lebih baik..
semoga kita tergolong di antara penghuni nya nanti.
ummi dan abah jugak....tak ada kereta mewah..
untuk bawa adik pulang nanti..
untuk bawa adik jalan jalan..
untuk bawa adik pergi klinik..
yang ada cuma...kereta lama lagi usang dan berkarat..
kalau hujan lebat..air tembus menitik masuk ke dalam kereta..
tapi abah dah tampal..
abah tak tunggu lama..
asal ada masalah..abah akan cepat baiki..
adik tak apa jugak kan........
ingat sayang...
NIKMAT ALLAH..JANGAN SESEKALI KITA DUSTA KAN..
ummi bersyukur sangat sebab memiliki semua nikmat ini..
ummi ada rumah dan kereta macam orang lain jugak..
ummi ada abah adik yang sangat baik..
ummi ada abg dan kakak adik yang sangat comel dan rajin..
ini semua syurga buat ummi....
kelak kita akan kongsi sama sama..
sayang ummi...
duduk baik baik ye..
ummi sayang adik..
Khamis, 7 Februari 2013
Anak ummi sayang
Limpahkan lah rahmatMu,
Mendakap seluruh sanubari kami,
Akan kami buktikan ke hambaan kami terhadap Mu,
Dengan mendidik jiwa kerdil ini mrncintai Mu,
Akan kami pasti kn segar jiwanya,
Walafiat fizikalnya,
Indah rupanya,
Cantik rohaniahnya,
Baik emosinya,
Biar menjadi generasi cemerlang,
Mnjadi permata agama yang terbilang,
Penyeri mata dan bunga bunga akhlak..
Tuhan ku...
Kurniakan lah bayi ku serta ansk anakku,
Kesempurnaan zahiriah dan batiniah,
Jadikan lsh anak anakku anak yg sentiada mendoa k n ibu bapanya,
Anak yang taat dan bertaqwa,
Anak yang taat dan setia pada Tuhan nya,agamanya,dan rasulnya.
Ya Tuhanku yang punya arash dan segala kebesaran...
Kurniakan lh kmi taufik dan hidayah,
Permudah kan lah segala urusan kami dunia dan akhirat,
Beri lah kami kekuatan dalam mendidik anak anak amanah Mu,
terangkan lah hati kami ,buka kan lah jalan kami,
Bantu lah kami....Ya Allah....
Sesungguh nya aku kadih dan sayang akn anak anakku...
Jadikan lah kami ibu bapa yang disenangi hati anak anak kami.
Amiin.....
-Ummi dan abah sayang anak anak-
Rabu, 30 Januari 2013
mimpi papa...arwah dah.
Bismillahirahmanirahim....
assalamualaikum.wkth.
Dia atas kebesaran kuasa Allah dan ke agungan Nya,xdafuan di mejapat nak di sangkal lagi apatah lagi nak di capai dengan akal. sebenarnya dah bnyk kali mimpi,tpi mlm tu mimpi ni betul2 menyentap hati..ter esak esak smpai bengkak mata aku menangis dlm tidur.
al kisah :
kak ngah baru je blk kmpg 2 bulan lps,mlm tu aku dapat pnggilan dari mama mngatakan papa dah xada,hancur hati mndengar.kaki jadi lemah xmampu nak berdiri,air mata mencurah curah,dlm hati penuh penyesalan,mana xnye..dah lah jarang2 balik,xsempat pulak nak bersalam mintak maaf ampun.perkara yang amat di takuti akhirnya terjadi jugak.
jasad papa di simpan satu hari dah sbb nak tunggu adik bradik dn anak anak yang jauh pulang nak jumpa.setibanya kat kmpg,org dah ramai..kak ngah pun dah sampai.safuan adik lelaki ku pun dah sampai.aku dengar safuan menangis dekat mama..."wan nak salam papa...wan xsempat lg..(sambil mngis)" aku terkesima sekejap.hilang arah..
aku pun menangis semahu mahunya,tpi aku masih belum ada cukup kekuatan untuk melihat jasad arwah,aku xsanggup dan xmahu percaya langsung ditambah lagi dengan satu penyesalan terbesar bertandang dihati..aku xpandai dan xtahu macam mana nak urus kan jenazah,nak mandi kan jenazah,aku xtahu!!!!!!!!!!!! terasa betapa bodoh nya diri ni,tanpa ilmu,betapa xberharga nya diri ni..aku menyesal sangat kerana xambil peduli langsung tentang ilmu bahagian pengurusan jenazah.aku hajat nak mandikan arwah papa bersama mama dan adik beradik yang lain,tapi....ilmu nya kosong terus..tiba tiba...............................
papa keluar dari belakang van jenazah masuk ke rumah dan duduk berdekatan antara aku dan safuan di meja makan yang sama,dia mengeluh keletihan,tapi masih sempat bergurau dan bersembang macam biasa.aku dan safuan jadi gembira dalam hati berbunga bunga,...oh.....org lain rupanya yang arwah.ingat kan papa,kata aku dan safuan bersetuju.kami berbual rancak dan bergurau dengan macam macam kisah lucu.tanpa hirau kan suasana dan orang sekeliling..
tiba tiba mama datang dekat dgn safuan,dan kak ngah datang dekat aku sambil erat peluk aku..kak ngah cakap"na.......sudah lah tu,papa dah xde"aku pandang tepat wajah adikku kak ngah."apa yang kau cakap ni..tu papa"mama geleng kepala....sekali lagi aku dan safuan terkesima,terkedu,terkejut....
tapi kami masih nampak kelibat papa,cepat cepat kami tuju ke arah papa lantas peluk kaki dia erat sambil mintak ampun dan maaf..papa diam je....jelas di raut wajah tua nya nampak sedih letih dan agak pucat..aku hulur tangan,dan papa sambut,aku dapat rasakan tangan nya yang sejuk.."papa....akak mintak maaf,mintak ampuuuun...akak sayang papa"aku sembam muka ku di atas paha papa,tapi aku mengangkat wajah ku,aku pun tersedar dari mimpi..
lap lap air mata.tidur sekali lagi,tp mimpi bersalam dengan papa berulang lagi,begitu lah ulangan episod mimpi hingga 3 kali.akhirnya aku bangun dari tidur.lemah xberdaya,perlahan lahan aku ke bilik air ambil wudhuk...masih lagi menangis,jam waktu tu pukul 5.30pagi.aku pun pakai telekung sembahyang ku,duduk atas sofa mngadap kiblat..lantas aku mengaji,surah yasiin.biasa nye aku baca dengan samsung galaxy note tu je,tapi tidak pagi ni.
perlahan aku selawat ke atas nabi dan mulakan tertib membaca surah yasiin yang aku hadiah kan khas istimewa buat papa dan mama.air mata aku mencurah curah,semua kenangan dengan papa bermain di minda..banyak sangat dah aku menyusahkan dia.tpi kasih papa pada anak anak nya xpernah pudar walau dia tak tunjuk.aku sentuh musyaf al quran yang suci tu,aku baca dengan perlahan dan jelas..menakjubkan..tapi bila aku mula hampir di tengah tengah surah,hati aku jadi sejuk dan tenang setenang tenang nya,xd lagi rasa sedih atau air mata.Allahu Akhbar!besar nya kuasa Mu Ya Allah,dengan hanya membaca ayat ayat al quran dan dengan hanya menyentuh serta memandang musyaf Quran itu sendiri,hati jadi waras.Allahu Akhbar..
lega selps mengaji,aku whatsapp kak ngah melepaskan perasaan,aku nak belajar pengurusan jenazah lepas ni,mesti belajar,mesti,mesti.....aku kol papa pagi pagi buta lagi.Alhamdulillah,dia sihat walafiat..
nota //:
- baca lah dan ajar lah anak anak kita supaya cintakan dan jadikan Al Quran sebagai amalan.
- ajar diri supaya sentiasa berada dalam wudhuk,bnyak kelebihan nya
- sentiasalah bertanya khabar org tua,sms pun xapa,krn mereka xpnh jemu menunggu
- sayangi lah ibu bapa dan jadi lah seorang anak yang mendoa kan ibu bapa
tanam kangkung dalam pasu
Assalamualaikum..salam sejahtera,salam satu malaysia.hari ni pagi ni ceria sungguh anak gadis pergi ke sekolah,walaupun hujan.che na pun naik syok tengok dia.tambah tambah syok lagi bila bukak je pintu mata terus jadi segar melihat tanah yang lembap di basahi hujan rahmat,melihat pokok pokok bunga warna warni dan segar bugar.hehe.
Isnin, 28 Januari 2013
mawar baldu
Assalamualaikum.wkth
Alhamdulillah.dapat share lagi bunga che na kali ni,walau internet slow sangat sangat.
merah lagi tu.tgk je gambar ni,sume org tahu bunga apa kan,ini bunga mawar baldu.mawar ni warna merah tapi lama lama dia jadik pink lah plak,mngkin ph tanah atau baja yg che na guna tu kot.mawar ni xd bau.tp kelopak nya bila tgk dekat2 mcm baldu.cantik sangat
OOOOK, yang ni peach kaler..mawar baldu jugak.mula mula beli hari tu,che na ni dek krna teruja sangat kan,che na siram 2 kali shari pagi dn ptg.
ingat kan ok,rupanya tidak.mawar jadik stress,daun dia mula menguning dekat perdu dahan bawah tu taw.
cemas!..che na pun g lah dekat hjh ani yg baik hati tokey bunga,che na pun terjah(terjah gitu) lah hjh ani dkn pelbgai soklan,rupanya sekali jew shari siram mawar ni..cian dia.
AAhaaaaaa...ni yang kaler kuning...cantik jugak,tapi kecik lagi.cantik kan,che na nok tera jaga bunga mawar 3 beradik che na ni molep molep.nnt kita tunggu hasil nya pada entri yg akan dtg ye .....NANTIKAN
siti zubaidah ku melecur..siti ohh siti !!
Alhamdulillah,dengan izin Nya hari ni dapat lah che na mngup date kn blog ni yg tlh skian lama tergendala.al maklumlah...busy katakan..hari ni kan,che na terasa cm nok share satu entri baru lah,pasal pokok pokok bunga plak.senanye ni hobi baru che na taw selain mnjahit.hahaaa.pendekkn cete.
dek kerana musim yang tgh xnentu ni,dlm smnggu tu nth brpa kali xtahu lah.. che na dop angkut pasu bunga cik siti zubaidah ni,kejap sana kejap sini,hnya kerana nok elak daripada pancaran sinar matahari yang terlalu sangat pada cik siti zubaidah ni.tp rezeki bkn bpihak cik siti kot hari tu,meleeeecuur habis dedaun cik siti zubaidah kesayangan che na ni.
kesian kannn..... daunye xberkilat lagi.nth lah knpa....sedih :(
ni pic siti zubaidah masa mekar berbunga hari tu,kaler putih nak kebiru biruan skit.mase ni daun nye hijau berkilat.hari hari che na belek
chantek kan.ciptaan Ilahi tiada tandingan.ni amek kat pakcik google,kata owg klu di tanam atas tanah dn kene plk dgn ph nye,iklim nya,hasil nya mmg mnakjubkn.
comey kan.cik siti kita ni manjo..xley panas sgt,xley teduh sgt jugok,xbbunga nnt.al kisahnya,che na masih lagi mncari cari cara rawatan dan ubat utk sakit cik siti che na ni