Di mana aku berada?
Mengapa tempat ini terlalu gelap?
Ibu,di mana dirimu?
Aku takut,ibu.
Ibu,aku lapar.
Ibu,aku haus.
Ibu,aku sejuk.
Ibu,aku di gigit semut,ibu.
ibu kau di mana?
Mengapa aku di sini?
Mengapa
Ibu tiada di sisiku?
Adakah aku masih belum dilahirkan.
Tidak mungkin aku belum dilahirkan.
Aku dengar bunyi derapan kaki.Aku menangis.Aku merengek.
Tetapi di mana ibu?
Menagapa aku tidak melihatnya sedari tadi?
Yang aku lihat tatkala aku membuka mata hanyalah sebuah lorong yang gelap.
Yang ada hanyalah secebis cahaya dari satu arah.
Di situ terlalu ramai orang berjalan namun tiada siapa yang mempedulikan aku.
Atau mereka tidak mendengar suara tangisanku kerana terlalu sibuk?
Seperti ibuku......
Ibu,mengapa aku di sini?
Ibu inikah tempatku setelah aku dilahirkan?
Ibu,apa salahku?
Apa dosaku?
Mengapa mesti aku dilahirkan jika ini nasib ku..
Ibu,aku hanya seorang insan yang ingin melihat dunia.Tetapi kini,semua itu tidak mungkin terjadi jika tempatku hanya di lorong gelap ini.
Ibu,tahukah engkau betapa menderitanya aku sejak ditinggalkan di sini..
Aku terpaksa berlapar...
Aku terpaksa menahan dahaga...
aku terpaksa menahan panas dan sejuk.
Betapa tersiksanya hidup ini apabila ditinggalkan oleh seorang ibu yang melahirkan aku.
Ibu itu hanya sebutan dan gelar bagimu.
Namun,tahukah engkau bahawa engkau tidak layak dipanggil ibu.
Perbuatanmu ini sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Mengapa engkau tega membuang bayi yang baru dilahirkan ini?
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa,wahai ibu?
Sungguh sedih hati ini apabila mengetahui aku dibuang bagai sampah.
Kecewa aku dengan sikap dan perbuatanmu.Ibu,aku akan mencarimu untuk membuat perhitungan denganmu di akhirat kelak…Ingatlah,wahai ibu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan